Reaksi Kepada Cerita Seorang Rakyat

From: "qahar"
To: <anwarlinks@hotmail.com>
Subject: harapan seorang ahli UMNO yang kerdil
Date: Fri, 13 Nov 1998 20:50:05 +0800

   Saya seorang ahli umno yang tidak pernah merasa sangsi terhadap pucuk pimpinan selama ini, walaubagaimanapun sejak
kegawatan politik sekarang saya menjadi bingung dan bercelaru fikiran. Mulai saat itu saya mula benci terhadap PM dengan sikap degil, bongkak, cakap besar dsb. Padahal beliau sudah hilang pengaruh dikalangan rakyat jelata, percayalah. Harapan saya hanyalah satu iaitu supaya BN tewas dalam pilihanraya akan datang ini. Saya ingin mencadangkan supaya parti pembangkang meletakkan calonnya di semua kawasan parlimen dimana wakil umno bertanding, yakni berharap wakil UMNO kalah di tangan PAS sekurang-kurangnya lebih daripada separuh. Oleh yang demikian PAS dapat memujuk parti-parti lain terutamanya parti-parti di Malaysia Timur bergabung untuk membentuk kerajaan, malah PAS boleh juga mengajak MIC, MCA dan GERAKAN turut serta bergabung. Dengan kata lain PAS menjadi teras macam umno dulu dalam membentuk kerajaan. Saya percaya perkara sebegini akan berlaku, maka selapas ini Mahathir akan dikenang sebagai bapa penghancur umno dan kejatuhan BN.
 
sekian.
 



Date: Thu, 26 Nov 1998 01:44:38 +0800
From: Ismadi Amat
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject: Bidak Papan Catur

   Apabila saya membaca sebuah buku bertajuk Bidak-bidak Di Papan Catur Iblis (Pawns In The Game) Karangan William Guy Carr, Terj: Ismail b. Mohd. Hassan, Terbitan Yayasan Islam Terengganu, saya begitu kagum dengan perancangan orang-orang Yahudi dalam menakluki dunia seluruhnya. Saya mendapati bahawa rancangan yahudi ini begitu kemas, tersusun rapi dan semuanya berjalan dengan licin sebagaimana yang telah dirancangkan.

   Bagaimana orang-orang Yahudi ini menjalankan usaha-usaha untuk membangkitkan Revolusi Inggeris, Revolusi Perancis, Revolusi Amerika, Perang Dunia I dan II dan lain-lain begitu licik sekali dan tidak ramai orang yang mengetahui siapakah sebenarnya disebali peristiwa-peristiwa ini. Jika kita kaji sejarah Revolusi Perancis kita dapati bahawa bagaimana orang-orang Yahudi ini menggunakan wang yang begitu banyak demi untuk menjayakan revolusi ini. Dalam peristiwa ini mereka telah menggunakan pemimpin bangsawan yang korup untuk menyebarluaskan aktiviti yang merosakkan moral masyarakat dengan mengadakan rumah pelacuran, perjudian, arak, tempat-tempat yang menyebarkan unsur-unsur lucah dan sebagainya. Akhirnya setelah mereka berjaya menyuntik jarum- jarum mereka untuk membangkitkan Revolusi Perancis ini. Raja Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette telah menjadi mangsa perancangan orang-orang Yahudi ini. (Bandingkan dengan fakta sejarah yang dipelajari di sekolah menengah dengan fakta yang terdapat dalam buku ini).

   Apabila saya meneliti peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dan seterusnya , saya mendapati bahawa seperti wujud satu perancangan yang amat rapi di sebalik perkara ini. Saya pasti ini adalah satu perancangan Yahudi untuk melenyapkan Islam di Malaysia khasnya dan di Nusantara amnya. Saya yakin bahawa Dr. Mahathir ini adalah 'bidak catur' Yahudi sebagaimana Napoleon B. Dr. M sekarang ini sedang menjalankan rencana-rencana orang-orang Yahudi ini sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Napoleon ketika dia berkuasa.

   Satu perkara yang saya ingin utarakan di sini ialah mengapa semua perancangan orang-orang Yahudi ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan mereka? Jawabnya ialah kerana kerajaan-kerajaan Eropah pada masa itu tidak begitu mengambil endah dengan pendedahan rancangan orang-orang Yahudi ini walaupun mereka telah diberitahu mengenai perkara ini.

   Soalnya apakah kita mahu perkara yang sama berlaku kepada negara kita Malaysia? Sudah barang pasti kita sekali-kali tidak rela perkara ini berlaku di negara kita yang tercinta ini. Mungkin Dr. M sudah terlalu jauh terlibat dalam konspirasi ini dan amat sukar rasanya untuk kembali ke pangkal jalan sebab sudah terlalu kuat terjerat. Kita tidak ada pilihan lain selain dari menyingkirkan beliau dari kekuasaannya sekarang! Dan telah menjadi ingatan kepada kita bahawa orang Yahudi dan Nasrani ini tidak akan sama sekali redha kita berada di atas jalan kebenaran! Mereka akan sedaya upaya berusaha untuk menyesatkan kita sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta hingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kita akan mengikut mereka.

   Ayuh sahabat-sabahat Reformasi sekelian! Binalah kesedaran diri kita. Janganlah kita menjadi sebahagian daripada  bidak-bidak catur Yahudi keparat ini. Kita tanamkan keimanan dan kesedaran di dalam diri kita, keluarga dan masyarakat. Hanya dengan cara inilah sahaja kita dapat menangkis serangan orang-orang Yahudi ini. Jadikanlah apa yang berlaku pada hari ini dan peristiwa-
peristiwa yang pernah berlaku itu adalah sebagai cerminan diri kita ini.

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

TEGAKKAN KEADILAN!
TEGAKKAN KEBENARAN!
TEGAKKAN AGAMA ISLAM!
 

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!



From: Ustaz
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject: Respon fot DSAI
Date: Sun, 22 Nov 1998 02:58:05 GMT

   Assalamualaikum wbk.

   Saya mengikuti banyak perkembangan tentang isu ini sejak dari awal lagi. Tapi saya tidak dapat mengikuti demo di K.L...saya berada di Johor.

   Latar belakang keluarga saya memeng dengan UMNO sejak dulu lagi dan abang saya yang tua ketua UMNO di kampung saya. Cuma saya yang agak terkeluar dari tradisi keluarga sejak lima tahun yang lalu.

   Saya sudah mula tidak menenangi  UMNO sejak timbul persoalan hukum hudud di Kelantan dan ulasan Dr.MM tentang hukum hudud tersebut. Sehingga setakat ilmu yang saya ada membolehkan ulasan beliau mengikabatkan terlucutnya iman dan islamnya.

   Kemudian timbul lagi ulasan dan ucapan yang meghina agama islam yang dianutinya. Sejak itu saya terus meninggalkan sanjungan saya terhadap Dr. MM dan mendoakan semoga beliau bertaubat.......sedangkan untuk berbuat demikian beliau perlu mengumumkan secara terbuka kerana ucapannya yang menyentuh pekara agama dibuat secara terbuka. Oleh itu taubat secara sendiri pada saya tidak mencukupi kerana rakyat perlu tahu dan mendengar.

   Sangat saya kesalkan lagi bila timbul kes DSAI yang dihinakan dan dibuang bagai sampah malah lebih hina dari itu. Islamkah itu???? Di mana agamanya dan di mana kewarasan sebagai seorang pemimpin? Saya berdoa dan pasti ALLAH SWT menolong orang yang dizalimi.

   Firman ALLAH SWT...ertinya:

   " Wahai orang-orang yang berimam, takutlah (taqwah) kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa) dan janganlah kamu mati melainkan dalam islam  (imam)"

Yang benar,

ustaz (J.B)


Date: Wed, 04 Nov 1998 23:21:06 +0800

From: "Khairul Hezry Zainal"
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject:
Date: Fri, 13 Nov 1998 18:41:20 PST

....Saya juga seperti saudara, iaitu seorg yg boleh dikatakan penyokong kuat Dr M. Tapi tidak lagi. Saya rasa terkejut apabila mendapat tahu yg Dato Seri Anwar dipecat. Bingung saya. Tak tau apa nak pikir, apa nak cakap. Seperti ribuan penduduk Malaysia yg lain, saya juga telah mengunjungi rumah kediaman D.S. Anwar untuk mendengar cerita dari belah beliau pula. Nak harapkan surat khabar dan TV, tak payah lah. Semua berat sebelah. Langsung tak beri peluang pada Anwar. Setelah mengunjungi rumah Dato Anwar dan mengikuti 'roadshow'nya dan membandingkan apa yg beliau kata dgn apa yg dikatakan oleh Dr M, saya tanpa ragu2 lagi memihak kpd Anwar. Sukar nak percaya org macam dia tu boleh melakukan perkara2 terkutuk itu. Lagi pun, mengikut Islam, kalau nak tuduh org tu zina, mesti ada 4 org saksi yg bersifat elok dan jujur. Setakat ni, saksi utama mereka siapa? Umi Hafilda, seorang 'betina' yg bapanya sendiri pun dah tak mau mengaku itu anak dia (baca surat pengakuan putus zuriat bapa Umi Hafilda di link mahazalim).

....Sekarang ni mmg penyokong Anwar hanya mampu bertawakal sahaja. Dr M menguasai semua jentera kerajaan. Media, polis, askar...semua dia 'control'. Tapi Allah Maha Kaya. Allah gerakkan hati Dr. M untuk mempromosikan teknologi internet. Sekarang penyokong2 Anwar guna internet shj. Internet tak boleh 'control'. Sekarang, kalau Dr M nak ban internet, ban Jaring & TmNet memang tak boleh. Dah terlambat. Penasihat2 MSC pun dah meluat dgn tindakan Dr M. Ketika saya tulis ni, 2 org penasihat MSC dah letak jawatan. Lepas ni mungkin syarikat2 seperti Microsoft dan Sun tak mahu melibatkan diri dlm MSC. Sekarang Dr M dah
pening.

....Mereka mengharapkan kpd pak turut, tukang jilat kasut, tukang bodek dan syaitan untuk terus berkuasa. Kita ada Allah. "They plan, and God plans as well. And most certainly God is the best of all planners".

Khairul Hezry
University of Wales, Aberystwyth



Date: Wed, 04 Nov 1998 23:21:06 +0800
From: Masnah Abdul Wahid
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject: kecewa dari sabah (masnah mandikun)

   Salam perkenalan...semua...saya ingin meminta maaf kerana terpaksa menulis dalam ruangan ini, ini adalah luahan isi hati saya dan berita sekitar tempat asal saya dan berita ini bukan rekaan tetapi benar berlaku. sebenarnya saya berasal dari sabah. sungguh terharunya hati saya bila membaca surat anda...rupanya anda dan saya adalah sama...dimana anda dan saya suatu masa dulu sebelum 2 sept. 98 amat mengkagumi dr. mahatir. ketahuilah sesungguhnya disabah pada pilihan raya lalu, kemenagan tipis bn sebenarnya adalah kerana kewibawaan anuar ibarahim..bukan kerana pm, kalau ditempat saya, semuanya benci dan kutuk
dr. mahatir kenapa sayapun tak tahu...tapi saya selalu mempertahankan dr. mahatir  kerana ketika itu dialah pemimpin yang saya hormati dan kagumi sehingga saya anggap dia sebagai datuk saya dan akan menyokong dia selagi dia hidup.  Namun apakan daya seperti diserang sakit jantung walaupun masih muda, tapi dah boleh mengundi, apabila pada 2 sept. 98, dr. mahatir telah menyebabkan saya menangis dan terkejut dan terhina. maafkan saya dr. mahatir kerana saya sudah tidak dapat memilih anda dan
bn. sesungguhnya keputusan yang berhormat pm ambil adalah salah, kenapa pm tidak mencari jalan yang lebih bersih, seperti mana pm menangani kes pemimpin lain contohnya yb rahim tambi chik. sesungguhnya maruah bangsa malaysia dan agama telah dijatuhkan dan dibunuh oleh dr. mahatir...maafkan saya...dari tinjauan saya disabah, walaupun mahkamah menjatuhkan hukuman salah kepada anuar namun mereka tetap tidak percaya kerana kata mereka semua bentuk saluran samaada mahkamah, polis, ataupun media tempatan kerajaan sudah tidak boleh dipercayai.  ya Tuhan....ampunkan dosa kami rakyat Malaysia, berikanlah kemenangan dan hindarkanlah segala bentuk kekejaman dan penganiayaan kepada kami rakyat Malaysia dan pemimpin-pemimpin kami terutamanya en. anwar ibrahim..amin.



From: "marina"
To: <anwarlinks@hotmail.com>
Subject: Salam Reformasi dari Kakak Marina
Date: Thu, 15 Oct 1998 01:27:32 +0800

   Assalammualaikom!
   Kakak ini ibu kepada 6 orang anak, yang sulung sedang menuntut diUIA tahun 1 dan sekarang telah berumur 40 tahun.  Di sini Kakak ingin menyatakan terharu atas apa yang telah Kakak baca pada luahan rasa adik Mohd. Mashar b. Mokhtar yang bertarikh 10.10.98 (sabtu). Sebak rasahati ini apabila membacanya.  Akak ini hanyalah orang kampung yang tak pernah ambil tahu tentang dunia politik, walaupun telah hidup selama 40 tahun dibumi Allah ini. Tugas Akak hanyalah menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri yang menjaga maruah suaminya dan mendidik anak-anak sebaik mungkin dengan pertolongan Allah jua.

   Tak pernah terlintas suatu hari nanti Akak akan menghantar luahan ini ke dalam alam yang selama ini Akak terlalu tak reti kegunaannya. Begitulah ya.....keagongan tuhan.....maha mengetahui....kita hanya manusia biasa yang hanya merancang tetapi tuhan menentukan......

   Cuma di sini Akak hanya ingin melahirkan rasa dukacita diatas apa yang berlaku...malu...malu.....hanya kerana orang melayu yang telah hilang pertimbangan kewarasan akal fikirannya yang dikurniakan tuhan hanya kerana mengikut hawa nafsu menghina sesama melayu....dari Perlis sampailah ke Sabah malah dunia pun tahu.... ibarat meludah kelangit.....akhirnya, jatuh ke muka sendiri jua......dan yang mana tak sukakan kita hanya bertepuk tangan, tanda gembira atas apa yang telah terjadi......

Di sini Akak hanya dapat berdoa agar tuhan mengrahmati kita semua. Memberikan kebenaran pada yang hak. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuahan yang Maha Agong lagi Maha Suci.

   Wassallam.


Date:        Wed, 28 Oct 98 13:54PM PST
From:       sabri
To:           anwarlinks@netscape.net
Subject:    Dilema Melayu Baru

   Assalamualaikum,
   Pertamanya saya bersyukur kepada Allah kerana saya diberi peluang untuk menulis dalam ruangan ini. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca berbagai komen tentang isu-isu politik mutakhir di tanahair walaupun saya berada di luar negara. Idea PM satu ketika dulu untuk memperbaiki nasib orang Melayu hampir saja berjaya tetapi kapalnya yang berlayar masih berputar-putar dalam kawasan pantai walau ada kemajuan tetapi kapalnya terlalu banyak yang bocor bahagiannya yang menyebabkan lebih banyak kebocoran yang terjadi. Ekonomi Malaysia contohnya, dengan Dasar Melayu Baru telah memperlihatkan ahli korporat yang berjaya dari kalangan Melayu berbanding 10 tahun atau lebih dahulu. Terutama semasa baru-baru merdeka. Tidak sampai 3% orang Melayu menjadi korporat sewaktu era baru kemerdekaan. Tetapi kini nakhoda Dasar Melayu Baru telah mampu membawa kapalnya berwajah korporat yang berjaya. Kini telah lebih 20 % korporat Melayu berjaya di Malaysia. Namun, entah di mana silapnya, apakah anak kapalnya (orang-orang korporat) atau nakhodanya (PM) yang membuat kebocoran itu.

   Saya merasakan bahawa kedua-duanya berperan hebat untuk menganjurkan nepotisme dan sistem monopoli yang sangat sistematis, bersih,cekap, amanah,adil dan jujur.Sudikah agaknya mereka melihat nasib rakyat Indonesia yang hanya berseberangan. Rakyat negara seberang itu yang satu ketika dulu sudah mulai merasa bebas dari cengkaman penjajah telah dicekam suatu kuasa baru yaitu kolusi, korupsi, nepotisme dan monopoli yang sistematis, radikal, terarah, bersih, cekap, amanah, adil dan jujur oleh pemerintahan Soeharto. Saya yang belajar di sini pun dapat merasakan bahang tersebut. Lihatlah sekarang ini setelah zaman Soeharto, Indonesia telah bergerak menuju demokrasi- walaupun masih tersekat-sekat- namun kerajaan Indonesia di bawah Habibie telah cuba untuk memberikan ruang kepada rakyatnya untuk belajar berdemokrasi.

   Saya kini dapat merasakan kalaulah di Malaysia corak pemerintahan K-K-N-M diamalkan percayalah kita akan merasakan lagi zaman penjajahan bentuk baru di Malaysia. Saya menyerukan kepada semua rakyat Malaysia terutama pemimpin negara untuk mengubah ini semua.

BERIKAN KAMI HAK UNTUK BERSUARA DAN BERDEMOKRASI!!!!!!!! JANGAN HALANG DEMOKRASI BERJALAN!!!!!!! JANGAN TUTUP DIRI KAMI DARI DEMOKRASI DENGAN MATERIAL DAN KEMEWAHAN!!!!!!!!!

Sekian, komen dan pendapat saya.Wassalam. 


Date:           Sat, 24 Oct 98 23:24PM PDT
From:          Mohd Hasnan bin Abd Rahim
To:              anwarlinks@netscape.net
Subject:       Saya juga seperti anda.

   Saya juga berasal dari keluarga yang menyokong perjuangan UMNO dan  MELAYU.  TETAPI sampai sekarang saya masih lagi keliru. Walaubagaimanapun saya TETAP menyokong MELAYU yang berjiwa MELAYU dan mengikut landasan ISLAM. Kepada penyokong Perdana Menteri cukup-cukup lah tu.Allah melihat apa yang kita lakukan.

   HIDUP MELAYU DAN ISLAM


Date:           Sun, 25 Oct 98 14:35PM PST
From:          Waja Timur
To:             anwarlinks@netscape.net
Subject:      Bersetuju

   Assalamualaikum saudara-saudaraku sekelian pejuang kebenaran, kebebasan dan keadilan,

   Seperti saudara pada peringkat awal DR M adalah orang kedua yang saya kagumi selepas ibubapa saya...Sanggup berdebat sehingga tegang urat leher hanya untuk mempertahankan Dr M baik dengan sahabat saya mahupun keluarga saya. Semasa terjadinya peristiwa 87 saya mencemuh dan mengeji Team B tentang kerakusan nya untuk merebut jawatan dan kuasa dalam
kerajaan dan saya sekali lagi bermati-matian mempertahankan Dr.M dan GB. Kemudian waktu berlalu dan muncul pula Anwar Ibrahim yang keperibadiannya telah di ketahui umum walaupun sebelum beliau memasuki UMNO (untuk pengetahuan semua saya adalah ahli UMNO sebelum dan selepas pengharaman dan adalah antara yang teraktif di Shah Alam) yang di lihat akan membawa perubahan kedalam UMNO dengan ikrarnya untuk meng"ABIM"kan UMNO. Dan sehingga setakat 2 sept ikrar itu nampaknya masih di pegang.

   Dan ini menjadikan beliau orang yang paling saya sanjungi (selepas DR. M sebelum 2sept) dan kagumi. Berita-berita tentang bail-Out syarikat kroni DR.M walaupun saya persetujui tapi jauh di sudut hati saya, ianya masih tidak dapat saya terima tetapi oleh kerana DSAI (menteri kewangan pada masa itu) tidak membantah, maka saya berpendapat beliau lebih arif tentang perkembangan ekonomi negara.

   Selepas peristiwa 2sept, tepat jam 8 malam (selepas ianya di sahkan, saya sendiri telah berada di sana) hilang terus pertimbangan saya terhadap Dr.M dan prangsangka buruk yang terpendam menjadi kenyataan dan inilah yang saya ingin kongsi bersama dengan para netters sekelian.

   Mengikut sumber-sumber Dr.M (yang telah di ketahui umum melalui Tun HAnif) perkara ini telah di siasat dan di ketahui oleh pihak tertentu sejak tahun 93 lagi. Ini membuatkan saya terus berfikir tentang kebenaran teori konspirasi tersebut. Pada tahun itu ketua pemuda yang baru telah dipilih walaupun tidak dipersetujui oleh beberapa pihak, namun tiada terlihat dengan jelasnya DSAI membantah pemilihan itu dan berita tentang moral ketua pemuda yang di pilih memang di ketahui umum oleh rakyat negeri Hang Tuah khasnya. Peristiwa bukit katil dan juga Tangga batu telah menyebabkan kedudukan Ketua pemuda bertambah goyah

   Walaupun di lihat mendapat sokongan pihak yang "berkuasa". Begitu juga dengan kedudukan Tim Presiden ketika itu yang menang tanpa bertanding (calon lawan tak dapat undi bonus) dan terus menjadi Ketua Perhbungan UMNO Sabah (yang pada masa itu di lihat sebagai bermasaalah). Kemudian tersebar khabar angin yang kedua-dua ini buruk salah laku moralnya, saya membantah walaupun pada hakikatnya saya bersetuju dengan khabar angin itu dan akhirnya pada tahun 1996 tumbangnya kedua-dua mereka. Dan di ganti dengan calon yang lebih bagus akhlak serta moralnya (setakat yang saya tahu dari sumber yang di percayai) untuk memimpin UMNO ke alaf yang baru.

   bersambung......

   end of part 1



From: "Mad Deham Hashim"
To: anwarlinks@hotmail.com
Cc: izham
Subject: Ulasan "Cerita Seorang Rakyat"
Date: Thu, 22 Oct 1998 03:21:45 PDT

   Assalamualaikum,

   Saya tertarik hati membaca cerita Sdr. dan berhasrat memberikan sedikit komen.

   Saya juga datang dari keluarga UMNO tetapi berlatar belakangkan agama dari Perlis. Ibubapa saya pernah menjawat jawatan yang tinggi dalam UMNO. Bagaimanapun saya, entah kenapa, mempunyai fikiran yang agak lebih kritikal jenis yang bukan "take things for granted". Mungkin disebabkan oleh exposure saya sejak boarding school kemudian ke luar negara. Saya pernah bergiat di dalam Arqam ketika di tingkatan lima kemudian dengan Suara Islam ketika di England dan juga mengikuti program IRC, tabligh dan ABIM. Malah saya cukup kenal Sdr Anwar Ibrahim way back sebelum beliau join UMNO.

   Hasil dari pendedahan saya dengan pelbagai gerakan Islam saya berpeluang menilai dengan lebih kritis setiap aspek kehidupan simply because Islam mengajar demikian. Islam didatangkan ke dunia ini sebagai rahmat kepada seluruh alam (which by the way includes animals and plants). Maknanya wujudnya kita di dunia ini sebagai khalifah bagi memastikan hukum Islam tertegak di muka bumi kerana apa kerana dengan ini sahaja keadilan dapat di tegakan. Kalau umat Islam sendiri tidak yakin kepada keadilan Islam who else..... Malah kalau kita mahu mengkaji sedikit perjalanan sejarah tamadun Islam never for once Islam has ruled over a monotonous society yakni masyarakat sebangsa seagama .. always a plural society and see what happen justice for everybody. Kadang-kadang disebabkan kejahialan kita kepada agama kita sendiri kita memperkecilkan peranan agama
sehingga berpendapat poltik tidak ada dalam Islam!!!

   Inilah natijah daripada kejahilan umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana-mana saja menjadikan kita umat yang amat hina. Terlalu lama kita biarkan pemimpin-pemimpin sekular menipu rakyat dan melakukan kerosakan. Sistem kehakiman (walaupun sekular) diperkotakkatikan  dengan pemecatan Tun Salleh Abas, Institusi ulama' dihina dengan pemecatan Ishak Baharum, gejala murtad dibiarkan berleluasa, begitu juga dengan arak, judi dllllllllllll lagi. Dengan erti kata lain kita banyak sangat berkompromi dengan perkara yang salah (ini tak sentuh bab rasuah lagi!).

   Persoalannya kenapa kita, sebagai umat Islam, membiarkan keadaan menjadi parah  baru hendak melakukan pembaharuan.

   Saya pernah bertekak dengan ayah saya few years back mengenai keadilan undang-undang Islam ie hukum hudud to the extend dia halau saya dari rumah kerana mengkritik Mahathir. Tapi saya tak pernah jemu memberi nasihat dan hari ini Allah telah membuka hati mereka (insiden pilihanraya Arau memulakannya) dan mereka boleh menerima malah mengetuai gerakan mengislahkan negara kita.

   Jadi my request to everybody kita kembali ke agama kita ... insyAllah selamat dunia akhirat. Kita pilih kepimpinan yang  berjuang kenegakan Islam kerana kita yakin dengan Islam akan tertegaknya keadilan. Tak kira PAS atau tidak dan jika mereka betray our trust kita akan tukarkan kepada orang lain yang nak melaksanakan Islam. Ini telah menjadi pegangan umat terdahulu dan kita akan teruskan tradisi ......... TRADISI MEMBELA ISLAM!!!!!!!

   Sekian, wasalam.


From: "guest"
To: <anwarlinks@hotmail.com>
Subject:
Date: Fri, 9 Oct 1998 21:07:27 +0800

   Saya memang setuju dengan pandangan anda. Sama-samalah kita berdoa agar Saudara Anwar mendapat pengadilan dengan seadil-adilnya. Janganlah kita mengadili seseorang itu dari kaca mata kita sendiri. Biarlah mahkamah mengadili seseorang itu.
Tidak patut kita menuduh dan memfitnah seseorang itu tanpa bukti yang kukuh. Dalam Islam, apabila kita menuduh seseorang itu melakukan zinah, kita dikehendaki menyediakan 4 orang saksi yang melihatkan perkara mungkar itu dilakukan. Apakah pihak yang menuduh itu mampu atau dah bersedia untuk menyediakan bukti itu. Jika tidak lebih baik kita bertaubat.

   Sekian. Sama-samalah kita mencari pengadilan.


Date: Wed, 21 Oct 1998 16:48:09 -0700
From: normala daud
Reply-To: normala@
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject: saya

   Assalamualaikum...
   Saya adalah seorang anak peneroka Felda (Jengka) yang telah berjaya mendapat pelajaran yang secukupnya (degree), begitu juga suami saya (juga anak peneroka). Kami seperti editor tidak menyokong mana-mana pihak.  Tapi kami tahu sendiri dari otak yang dikurniakan Allah...(dibukakan mata).  Memang Mahathir dah "too far".

   Orang boleh puji sebab dialah Malaysia maju...tapi kenapa Malaysia makin teruk..? sebab duit rakyat dan segala harta yang ada semuanya dah kena kikis..(17 tahun lamanya Malaysia dikikis).  Saya bekerja dengan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia...dengar-dengarnya duit company dah digunakan untuk bayar gaji cikgu sekarang ni.  Petronas pun kena juga. Awal tahun ini bonus kami sebulan sahaja diluluskan, sebulan lagi tidak diluluskan oleh kementerian yang berkenaan walaupun pada mulanya management dah setuju nak bayar.  Apa semua ni....?  nak tolong anak m....sebab dah nak bankrupt.  Saya dah cukup meluat dengan mereka, duit dua tiga-ribu tu pun nak kikis (tak halalkan hak aku tu...)

   Kawan saya di NSTP mengatakan memang mereka buat liputan yang betul tapi bila serah kepada editor...berubah jadik cerita dongeng..(maknanya betullah apa yang dikatakan oleh laman reformasi) mereka dibenci kerana itu...kalau kita semua bersatu ...tentu dah lama perkara ini selesai.....ini ada pulak yang jenis buta mata.  Polis pun tak guna...kalau dah tau perkara tu tak benar...melawanlah....

   Baru-baru ni saya balik jengka...orang tua di rumah keluarkan salinan laman reformasi...rupa-rupanya orang kampung semua dah tahu dan dapat information terkini seperti kita...emak saya pula orang kuat umno (jadik kuda kepang) degil tak nak berhenti....saya juga ahli u...tapi kalau pilihanraya...mati hidup balik saya tak nak undi u....

   Ada satu lagi kemusykilan...kalau kita tak undi mereka...undi kita tu akan selamat tak...? mungkin mereka akan kata undi kita tak valid...itu lagi satu perkara yang patut ditekankan kalau nak pilihanraya nanti ...you all activist must do something untuk pastikan undi kita selamat.

   Saya rasa cukup setakat ini...untuk pengetahuan semua...jiran sebelah yang berbangsa India + China baca Harakah.  Mereka tak mahu baca newspaper lain...tipu je...buat bazir duit.

   Terima kasih...Wassalam.


From: Izhar Hifnei Ismail
To: "'anwarlinks@hotmail.com'" <anwarlinks@hotmail.com>
Subject: Majoriti dalam senyap
Date: Wed, 21 Oct 1998 14:47:38 +0800

Saudara,

   Saya telah membaca catatan saudara di AnwarLinks. Suka saya menyatakan bahawa bukan saudara seorang yang berada dalam kebingungan, kecelaruan dan kesedihan (serta kemarahan juga, saya kira) berhubung isu pemecatan Sdr Anwar Ibrahim, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau; penangkapan sahabat-sahabat beliau (saya tidak gunakan "penyokong", kerana pada saya, hanya para "sahabat" saja yang akan berdiri teguh bersama seorang "sahabat" lain yang cedera / jatuh); penggelapan dan putar-belit laporan berita oleh media tempatan; serta kecenderungan pihak berkuasa mengelirukan isu kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara, dengan isu ketaksuban kepada individu yang berkuasa.

   Saya sebaya dengan saudara, makan gaji dengan pihak swasta, dan seperti kebanyakan mereka dalam  golongan berpendapatan julat pertengahan (middle-range income group), sememangnya mempunyai banyak kepentingan peribadi dan keluarga yang harus diutamakan serta dilindungi. Belanja rumahtangga, makan minum dan pakaian anak, pinjaman rumah, pinjaman sewa-beli kereta; pokoknya, kenapa mencari fasal sehingga boleh mengganggu-gugat kestabilan pekerjaan dan pendapatan? Dalam erti kata lain, jangan buat kacau - kalau tak mahu hilang sumber pendapatan, duduk diam-diam, do what you are supposed to do, leave the status quo as it is.

   Bagaimanapun, isu Sdr Anwar menyedarkan saya, dan saya kira, ramai orang lain, bahawa selama ini ada silent majority yang kepingin kepada perubahan total, tetapi belum mempunyai political will, atau pun kudrat ekonomi untuk mendesak kepada suatu gerakan yang significant yang boleh menjadi landasan kepada perubahan tersebut. Itulah keindahan yang terbit daripada kegawatan politik negara ini - bahawa sebenarnya, rakyat Malaysia sebenarnya ada pemikiran yang bebas dan berdikari, mampu menilai suapan maklumat, ada conscience atau nurani yang peka kepada penganiayaan, serta yang paling penting, memiliki keberanian bersuara, yang benar harus ditegakkan, yang zalim dihapuskan.

   Saya bersetuju dengan pandangan saudara, bahawa isu sama ada Sdr Anwar benar-benar bersalah atau pun tidak, perlu ditangani secara rasional dan menurut hukum. Bagaimanapun, tiada sesiapa diberi hak untuk menganiaya membabi-buta, biar pun ke atas seseorang yang tertuduh. Penganiayaan yang diiringi oleh pembohongan, serta kenyataan-kenyataan angkuh dan menghina, adalah tanda-tanda kezaliman mutlak. Dan inilah yang akan memaksa silent majority ini untuk membuat keputusan : hendak berpihak
kepada siapa?

   Jangkauan silent majority ini tidak mengenal batas agama, kaum, tahap pendidikan atau kelulusan, bahasa, kebudayaan, pekerjaan dan sumber pendapatan atau sebarang artificial boundary yang hendak digariskan oleh pihak berkuasa (e.g. pelajar universiti tidak boleh membantah; kakitangan Kerajaan jangan cuba melawan arus). Hanya ada satu faktor penyatuan: nurani yang peka. Mereka sedar bukan semua yang hendak disuapkan boleh ditelan bulat-bulat.

   Silent majority ini faham, malah lebih faham daripada ketua-ketua dalam UMNO sendiri, bahawa isu Sdr Anwar bukan terbatas kepada isu dalaman UMNO sahaja. Ia menyangkut isu integriti individu - untuk apakah kelompok ini bekerja keras memajukan diri, membina keluarga, membentuk masyarakat dan membangunkan negara, sekiranya jentera-jentera dalam negara itu sendiri gagal menjamin keutuhan integriti individu? Seorang individu itu jatuh maruahnya sebagai manusia sekiranya kebebasannya untuk berfikir dikekang, suaranya untuk memprotes ketidakadilan diredam, dan keupayaannya untuk menilai hitam putih sesuatu tindakan oleh pihak berkuasa dikaburkan oleh propaganda.

   Harus diingat, propaganda tidak datang daripada pihak berkuasa sahaja. Tidak mustahil usaha-usaha membela Sdr Anwar juga boleh dianggap sebagai propaganda. Tetapi silent majority ini melihat ada berat sebelah dan pilih kasih dalam menentukan maklumat apa yang boleh disuap kepada mereka. Ironinya, ini adalah perbuatan sebuah kerajaan yang mendorong rakyat untuk merangkul era teknologi dan kebebasan pertukaran maklumat!

   Inilah silent majority yang mengerti beza antara cinta kepada negara, dengan pengakuan taat setia membabi-buta kepada eseorang yang seolah-olah mahu mengatakan "Akulah Negara - curang kepadaku, maka khianat kepada negara." Mereka sudah mula bangkit, bersuara, bertindak, dan menuntut janji bahawa kebenaran akan ditegakkan.

Kitalah silent majority itu.



From: "mazizh"
To: <anwarlinks@hotmail.com>
Subject: Sanusi tidak lagi diterima di Pulau Lagenda
Date: Tue, 20 Oct 1998 23:36:28 +0800

   Assalamua'laikum buat semua pembaca sekelian. Kami penduduk-penduduk di Pulau Lagenda ini memang tidak terkejut langsung apabila ada orang mengatakan bahawa Sanusi adalah salah seorang yang menjadi mastermind didalam meranapkan karier Dato' Seri Anwar Ibrahim. Memang dari dulu lagi semasa beliau berada didalam kabinet, beliau selalu berkata kepada penduduk Langkawi bahawa Dato'Seri Anwar tidak layak untuk menjadi menteri kewangan. Bahkan beliau ada juga mengatakan dengan apa cara sekalipun Dato'Seri Anwar mesti dikeluarkan dari kabinet.

   Sememang dari dulu lagi beliau cuba untuk mendapatkan pengaruh para penduduk di Langkawi ini. Beliau cuba untuk memperbodohkan penduduk disini dan berjaya bertapak sebagai ADUN kawasan Kuah. Seperkara lagi beliau memperbodohkan penduduk di Pulau Tuba dengan janji-janji manis yang pulau tersebut akan dimajukan dengan terbina nya nanti University of Tomorrow. Manakah janji-janji yang selalu menjadi mainan oleh seorang yang layak dijadikan pemimpin.

   Bukan setakat itu sahaja, Saudara Aziz Desa yang kita kenali di kaca TV3 juga diperkudakan untuk memecahbelahkan perpaduan UMNO di Langkawi. Kami anak-anak Langkawi yang selama ini berhijrah di merata tempat baik dari golongan profesional mahu pun latar belakang akademik yang tinggi sudah sanggup pulang ke Langkawi untuk memperjuangkan apa yang hak buat kami orang-orang Langkawi.

   Buat Saudara Aziz Desa, kami tahu latar belakang mu, setahap mana pelajaran akademik mu, usahlah menggadaikan pulau ini
kerana inginkan kerusi empuk yang disediakan dengan hanya menjawat Pengurus Media Dan Komunikasi MB. Untuk pengetahuan para pembaca sekelian, Sanusi juga seorang yang tidak berperikemanusiaan terhadap seorang pengusaha restoran sangkar ikan yang terkenal di Kuah. Beliau telah mengarahkan pihak Majlis Daerah Langkawi untuk merobohkan kawasan tersebut dengan alasan mencemarkan kawasan perairan. Tujuan beliau berbuat demikian adalah kerana beliau mempunyai kepentingan dikawasan tersebut. Inikah yang dikatakan seorang pemimpin yang bermoral dan berhemah tinggi? Difahamkan pengusaha tersebut melalui peguamnya Karpal Singh telah menyaman kerajaan negeri lebih kurang RM1.5 juta diatas kerugian yang dialami.

   Jika hendak disenaraikan janji-janji Sanusi terhadap orang Langkawi memanglah panjang, tetapi Sanusi hendaklah kamu sedar dan insaf tentang janji-janji mu terhadap beberapa buah masjid disini.Ini bukanlah rumah Mahathir ataupun Daim mahupun rumah Megat Junid tetapi rumah Allah. Biarlah satu hari nanti janji-janji itu akan memakan dirimu kelak. Kami orang Langkawi bukannya bodoh seperti yang dikatakannya sedikit masa dulu."JIKA KITA HENDAK BERPOLITIK DAN BERTAPAK, KITA HENDAKLAH MEMPENGARUHI DIKAWASAN YANG ORANG-ORANG NYA BODOH''.

   Ingatlah orang Langkawi bukannya seperti dahulu lagi,kami tidak redha untuk dijajah oleh orang seperti Sanusi dan orang-orang yang bersekongkol dengan nya. Sekian wassalam.


From: "Xenia Lok"
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject: With regards to "ihsham"'s view
Date: Wed, 14 Oct 1998 14:05:28 PDT

   Hello there. I'm just an ordinary student,& a normal human being who desires peace with all my heart too. Just wanna voice out some feelingshere.

   My parents are like any other hard-working citizens too, having not much free time and trying to fight off those occassional stressful moments. Like many other families too, we enjoy and appreciate our peace, and are thankful at the fact that we have a small but warm shelter, & enough food to eat. Most importantly, as human beings, I think, besides those basic needs and material wants, our real strength comes form Love.

   Due to the above, I always see every individual as a person who has his or her own loved ones, parents, adik beradik, husband, wife, children, etc. In other words, everyman is the son of someone, or the father of someone, or, the husband of someone. With this in mind, cruelty and selfishness becomes a bit difficult despite our worldly human nature in search of power, big or small, money, pride and so on, and even the most seemingly unforgivable criminal becomes someone lovable.

   However, my being "family-minded" does not a bit suggest or support nepotism & cronysm. In stead I think these things should be DENOUNCED if we really see the country as our peaceful motherland & if we all are the children in one family. WE ALL are the owners of the natural resources of our land, the petroleum, the kayu balak, & everything. WE, citizens, are the real Rulers of our country.

   We have to ask ourselves one thing, in the current situation, exactly who deprive us of our peace? Who created the confusion and the whole issue in the first place? who started a series of incomprehensible & shocking actions ? Who made the common citizens worry of possible chaos & disturbance? Who created the panic? Who aroused the anger of some groups of our brothers & sisters? Is it fun to go out & get arrested if there wasn't a good reason for doing so, for believing in something, for sticking to some principles, for communicating ? Did the people communicate with guns & bombs? Like what happened many years ago  in Sabah where there was really a threat to the national scurity, after the BN lost in the election? It was then I saw with my own eyes a BN leader leading foreigners from our neibouring country to  create chaos in our town.

   Did the leader who's so fond of using ISA speak up at that time? NO! All he did was criticising the new state government elected by Sabahans. I even recorded all these things.Finally,it was Musa Hitam who asked that all these be stopped.

   There is no point talking about history, but there is every point to learn from history.Only real peace-lovers can guarantee peace in our country. I've been through the terrible chaos & curfews, and I know the difference between these and some positive, constructive, and peaceful demonstrations,which consist of all age groups and genders. This can only shows growing maturity among Malaysian citizens. Does it really make you feel you've lost respect when you see people on street?

   Ya, it's just a man. And whether he did something or not is not up to us to judge. But, a man's fundamental liberty is at stake. Remember, a man could be your husband, or son, or father. Who knows, one day one of our sons might join politics, & he wants to really do something to the country and criticise honestly, wants some changes...We would not want him to meet this kind of result & fate, would we?

   Not everything makes no difference.It seems like this because of our indifferenct attitude. We can actually make the difference. Love is the answer,  with love there comes justice, fairness, harmony and PEACE.


Date: Tue, 13 Oct 1998 23:04:04 -0700
From: azil
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject: reaksi kepada artikel saudara

   Assalamualaikum.
   Saya telah membaca dan meneliti isi artikel saudara. Saya terpanggil untuk turut bersama menyatakan sokongan bagi menentang kezaliman yang sedang berlaku didalam kepimpinan negara hari ini.

   Seperti saudara saya juga mengkagumi kepimpinan DS PM sejak awal pemerintahan beliau.  Tetapi kini segala kekaguman itu jatuh merudum. Bagaimana kita boleh rela dan mampu dipimpin oleh seorang yang sudah tidak percaya lagi kepada ajaran agama.  Saya teramat kesal dan sedih apabila mendengar kaset ucapan tertutp PM dengan MB. Bagaimana  seorang pemimpin Islam sanggup mempersoalkan hukum hukum Allah? Mencaci para ulama! Mempersendakan sunah rasullulah saw. Dan telah dengan angkuh menyatakan tidak bercadang untuk melaksanakan hukum hukum Islam.

   Sejak itu, saya begitu benci bukan sahaja untuk menatap wajahnya malah tidak upaya untuk mendengar ucapan beliau. Saya mohon berbanyak maaf kepada UMNO kerana saya tidak akan mengundi UMNO didalam pilihanraya yang akan datang ini walaupun saya masih ahli UMNO. Saya menyeru kepada semua ahli ahli UMNO untuk sama sama memikirkan perkara ini. Jika kita undi PAS, kita telah mempunyai niat untuk menegakan hukum Islam.

Semoga Allah memberikan hidayah untuk kita sama sama mencari KEADILAN DAN KEBENARAN .


Date: Wed, 01 Jan 1997 01:00:18 +0700
To: anwarlinks@hotmail.com
From: Roslan
Subject: cerita seorang rakyat
 

   Terimakaseh di atas cerita tersebut. Kita orang melayu mesti ubah cara pemikiran. Jadilah seperti orang Kelantan yang sanggup  menukar pemerintah apabila didapati korup dan mementingkan diri sendiri. Di TV nak perjuangkan rakyat, tapi sebaliknya menghabiskan wang negara dan rakyat. Gaji tak seberapa tapi kehidupan dan kemewahan melampaui batasan. Dari mana dapat wang? Masih ramai orang kita didalam kemiskinan dan perlu pembelaan.

   Berkata akhlak tapi mereka yang lebih teruk. InsyaAllah tak perlu tunggu mereka berubah, kita rubahkan pada masa pilihanraya. Berikan sokongan kepada parti perjuangan Islam dan insyaAllah, jika Islam selamat, Melayu
dan manusia selamat.

   Setiap undi utk kebaikan akan diberi ganjaran oleh Allah, tetapi undi sebaliknya akan di persoalkan. Tak perlu asyik bercakap saja dan buang masa, bila mengundi masih pilih label dacing. Sanggup pilih kafir dari orang Islam sendiri!

   Anak bangsaku, berani dan berubahlah. Jangan terlampau fikir negatif atau bukan-bukan. Kita mesti bersikap positif dan berani.

Wassalam.


From: "Farouk Faisal"
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject:
Date: Mon, 12 Oct 1998 23:13:46 PDT

   A'kum Saudara pegarang,
   I have just finished reading the article you wrote on the net. I must say I have had similiar experiences. Daripada dulu lagi saya cukup sokong pimpinan Dr. Mahathir. In fact, bila lecturer-lecturer kat sini kata Malaysia made a mistake with its economic policy, saya cukup bangkang pendapat mereka dan berkeras bahawa orang2 asing saja nak kenakan negara Islam yg pesat membangun. Walaubagaimanapun, saya cukup kesal dgn sikap Dr.Mahathir sekarang - pasal handling kes Anwar, dan juga kes mempersendakan ulamak-ulamak.
Allah help us all!!


From: "Asrar"
To: <anwarlinks@hotmail.com>
Subject: assalamualaikum, insya-Allah kita persoalkan yg baik-baik
Date: Tue, 13 Oct 1998 12:48:32 +0800

   Pertama sekali, saya telah pun membaca tulisan yang saudara hasilkan, dan sememangnya timbul jugak rasa sedih, tidak puas hati, marah, kesal dengan perkara yang berlaku malah wujud berbagai-bagai persoalan yang mungkin memakan masa yang lama untuk diselesaikan. Pada mulanya memang berita yang amat mengejutkan bila seorang pemimpin yang baik, bertolak ansur dan juga satu-satunya menteri yang masih lagi menerapkan soal agama dalam sistem pemerintahannya, dipecat secara tiba-tiba malah dilemparkan ke arahnya berbagai-bagai tuduhan yang tidak benar sama sekali. Kalau kita renung sejenak, Malaysia hari ini...... makin dikuasai oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Tapi sebagai rakyat, kita hanya mampu mengikut telunjuk para pemimpin. Tetapi apa yang ingin saya perkatakan di sini, saya bukannya hendak mengkhususkan kepada kes anwar ini, tetapi masalah yang timbul di kalangan pemimpin-pemimpin kita sendiri. Perkara ini amat menyedihkan saya.

   Pemimpin kita hari ini, walaupun tidak kesemuanya malah kebanyakannya sanggup menyokong perkara-perkara yang belum pasti kebenarannya malah mungkin tidak benar hanya kerana takut pangkat atau darjatnya ditarik semula. Ada yang sanggup berdiam kerana takut ditarik punca periuk nasinya. Inikah yang dikatakan perjuangan????? Ada pula yg sanggup mengkhianati sahabat sendiri.

   Kata orang, "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" pemimpin sering mengatakan masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat, tidakkah sedar bahawa semua itu adalah berpunca dari mereka juga. Sebab itu telah banyak berlaku perpecahan masyarakat kerana pemimpin itu sendiri saling berpecah belah. Tidak hairanlah jika itu berlaku. yang benar itulah yang semahu-mahunya dihapuskan dari muka bumi ini.

   KALAU ITULAH YANG BERLAKU, MUNGKIN PEMERINTAHAN NEGARA KITA AKAN MENGALAMI SATU PERISTIWA NGERI IAITU KEJATUHAN PUCUK PIMPINAN YANG SELAMA INI DIKAGUMI OLEH DUNIA.

Nampaknya, saya terpaksa hentikan coretan buat kali ini, tapi saya akan terus mara dengan nama Allah dan atas dasar saya seorang rakyat yang perlukan keadilan.

sekian,

@Nuraishah


From: "Bayu Insan"
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject: ZAM vs WATANSAH
Date: Mon, 12 Oct 1998 07:14:26 PDT

MENGULAS TULISAN OLEH ZAINUDDIN MAIDIN (ZAM) YANG DIKELUARKAN OLEH MINGGUAN MALAYSIA PADA 11 OCT 1998 YANG BERTAJUK : BILA POLIS TIDAK DIPERCAYAI LAGI

Sebelum saya mengulas apa-apa, saya ingin menyatakan dengan jujur bahawa saya tidak di pihak mana-mana. Sama ada DSAI bersalah ataupun tidak  itu soal kedua biarlah mahkamah yang menentukannya dan jika DSAI terbukti benar-benar didapati bersalah, demi Allah saya sebagai anak watan akan turut menentangnya demi Negara,bangsa dan agama. Sebaliknya jika DSAI tidak melakukan hal yang terkutuk itu, demi Allah saya sebagai anak watan akan menyahut panggilan pertiwi demi membela keadilan dan
menghancurkan kezaliman. Apa yang penting ialah  BERILAH KEADIALAN

                        Petikan  vs  Ulasan

Petikan : Pada satu ketika polis Malaysia disamakan dengan Mossad, badan perisikan Israel

Ulasan  : Tiada sesiapapun rakyat Malaysia menyatakan bahawa polis Malaysia disamakan dengan Mossad kecuali saudara Anwar Ibrahim yang berkata. Tetapi apakah anda menyokong cara penangkapan DSAI di rumahnya pada hari beliau ditahan ???? Dan pernahkah cara itu dilakukan sebelum ini ???????

Petikan : Prasangka buruk apabila DSAI muncul di mahkamah Kuala Lumpur pada 29 Sept dengan kesan lebam di mata dan kenyataan Presiden PAS yang mahu suatu pasukan penyiasat bebas.

Ulasan  : Mengapa anda yang menjadi gelisah ??? Seandainya anda telah dibenci oleh jiran sebelah anda, kemudian anda telah dibelasah oleh salah seoarang ahli jiran sebelah anda itu. Adakah anda setuju jika anda
disiasat oleh keluarga jiran sebelah anda itu ????

Petikan : Sekiranya PM Datuk Seri Dr. Mahathir percaya kepada profesionalisme polis, dan sekiranya  Mahathir telah bertindak bila Ketua Polis Negara, Tun Hahif Omar memberitahunya  pada tahun 1993 tentang masalah yang dihadapi oleh DSAI, pihak polis tidak menghadapi cabaran yang segenting ini.

Ulasan : MALANG sungguh anda kerana secara tidak langsung anda adalah  orang yang pertama menyatakan secara terbuka bahawa Mahathir sudah lama tidak mempercayai polis dan sekali lagi secara tidak langsung anda telah membuka pekong di dada  , bahawasanya siapakah yang telah mencampuri urusan polis ?????? Ketahuilah bahawa saya masih lagi mempercayai polis.

Petikan : Adalah benar pandangan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew bahawa tindakan yang dibuat oleh Mahathir itu adalah bertentangan dengan sentimen di kalangan UMNO.

Ulasan :  Napelah ko ni bahlul sangat....tahu tak..bahawa andalah orang yang menerima pandangan PM Singapura itu dan apakah yang patut anda lakukan kepada PM Datuk Seri Dr. Mahathir ????

Petikan : Beberapa orang bekas komunis yang menjadi pelarian politik telah pulang ke negara ini.

Ulasan : Bukankah kerajaan telah mengadakan pengampunan terhadap mereka? Oiiii...Buyong ko ni orang surat kabar ke taaakkkkk ??????

Petikan : Dalam sekelip mata sahaja Anwar dapat mencampakkan baju UMNO nya dan memakai jaket revolusi.

Ulasan : Adakah anda baru bangun dari tidur yang lama ? kanak-kanak darjah enam pun tahu siapa yang telah mencampakkan baju UMNO nya laaaaaaa ngko ni…

Petikan : Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menghadapi hakikat rakyat Malaysia  sedang menyuapkan nasi ke mulut berjuta rakyat Indonesia

Ulasan : Sensitif ? Adakah anda tahu bahawa Mantan Presiden Suharto adalah di antara orang-orang yang terkaya di dunia ? (Saudara-saudara saya serumpun di Indonesia, saya bagi pihak anak malaysia memohon maaf atas apa yang ditulis oleh budak ini . Maklumlah..dia ini nakal sikit …jangankan khatam Quran ..Alif Ba Ta pun dia tak tahu alias belum mengaji lagi .. sunat pun tunggu Olympik depan jadi sekali lagi maaf yaa..)

Petikan : Ahmad Boestamam, Pak Sako, Dr. Burhanuddin dan lain-lain lagi telah berjaya dilumpuhkan oleh Datuk Onn.

Ulasan : Adakah pada masa itu rakyat membenci Datuk Onn ????

Petikan : Hitler, Mao Tse Thung, Kennedy, Sukarno dan yang terakhir Clinton juga mempunyai masalah peribadi masing-masing.

Ulasan : Nampaknya anda tahu benar tentang kejatuhan Sukarno. Adakah anda tahu dengan cara membaca atau melihat ?? Dan Hitler, Mao Tse Thung, Kennedy serta Clinton dari segi agama, bangsa, dan adat adakah persamaannya ???

Petikan : Romantisme Sukarno dengan revolusi telah menyebabkan penderitanan berjuta-juta rakyat Indonesia  hingga berpuluh-puluh tahun selepas kemerdekaan

Ulasan : Adakah anda ini arif tentang dunia luar atau BUTA-KAYU ? Apa yang dunia ketahui Sukarno adalah seorang tokoh revolusioner yang membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda dan Jepun dan Dr. Mahathir pernah digelar Sukarno kecil semasa berucap dipersidangan yang diadakan di Indonesia dan saya sebagai rakyat Malaysia sangatlah berbangga.

Petikan : Generasi muda Indonesia yang lebih baik kehidupan mereka di zaman Suharto tidak sedar betapa kemiskinan ibu bapa mereka yang tidak ada taranya di bawah Sukarno.

Ulasan :Nampaknya anda kini membayangkan bahawa Dr.Mahathir sama dengan Suharto

Petikan : Anwar mengambil kesempatan dalam kegawatan ekonomi.

Ulasan : Bukankah anda yang mengambil kesempatan dalam kegawatan Anwar ??

Petikan : Mahathir kerana sifat-sifatnya yang dianggap terpuji hampir menjerumuskan Malaysia.

Ulasan : Apa maksud perkataan saudara ??? Bagi saya pemimpin yang ingin saya temui dan kagumi adalah dua ,iaitu Dr.Mahathir dan DS Anwar Ibrahim. Bagi saya Dr.Mahathir adalah seorang pemimpin yang disegani di antara bangsa memiliki keberanian membela hak asasi manusia seperti di Bosnia dan bekerja keras untuk membangun Malaysia disamping itu DS Anwar Ibrahim yang memiliki sikap ketegasan, kewarakan , beliau telah bekerja keras untuk ekonomi negara serta membatu rakyat bawahan dan kedua pemimpin inilah disamping jentera lainnya telah bertanggung jawab untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Untuk itu mengapa DSAI dihukum terlebih dahulu sebelum dibuktikan kesalahannya ? Termasuklah anda, media cetak, media elektronik telah menghukumnya sejak awal lagi. Terlebih lebih lagi ahkbar tempatan seperti Utusan dan Berita Harian seolah-olah tidak mempunyai etika lagi dan apalagi adat resam Melayu dah jauh dah seperti merestui perkataan kemaluan seseorang didedahkan. Berilah kesempatan kepada mahkamah untuk mengadilinya kerana saya masih lagi menaruh kepercayaan bahawa mahkamah akan mengadilinya dengan adil.

      Akhir kata, terimalah ini sebagai santapan rohani saudara ZAM

Adalah lebih baik kita bodoh diantara golongan orang-orang yang bijak dan berilmu, daripada kita paling bijak diantara golongan orang-orang yang bodoh dan jahil.

watansah@hotmail.com


From: "Razali Yaacob"
To: anwarlinks@hotmail.com
Cc: Laman@hotmail.com
Subject: Sayangilah Anwar...Bencikan Mahathir
Date: Fri, 09 Oct 1998 00:38:56 PDT

Sayangilah Anwar!..Bencikan Mahathir!!
Membangun bersama Islam

   Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

   Saya amat tertarik membaca "Cerita Seorang Rakyat".  Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan pengarang ini kerana saya juga berasal dari Temerloh.  Umur juga 28 tahun dan saya juga telah berkahwin dan telah dikurniakan seorang anak teruna.  Seperti juga pengarang berkenaan, saya juga dibesarkan dalam suasana UMNO.  Ketika kecil, ketika berumur 11 tahun, saya menganggap UMNO dan negara itu adalah sinonim.  Keadaan ini berterusan hinggalah saya ke sekolah menengah.  Di sekolah menengah, saya tela menjadi celik mengenai politik.  Ditakdirkan juga saya pernah sekelas dengan anak-anak wakil rakyat dan pendokong UMNO.  Apabila bekerja, barulah saya tahu saya juga mempunyai hubungan kekeluargaan yang agak rapat dengan pembesar-pembesar negara yang mewakilit rakyat di Temerloh dan Maran.  Sampai sekarang saya hairan mengapa ayah saya tidak pernah memberitahu mengenai kekeluargaan dengan pembesar-pembesar UMNO ini.

   Berbeza dengan pengarang "Cerita Seorang Rakyat" saya bukanlah pengkagum UMNO sejak dari awal lagi.  Memang diakui semasa kecil, saya merasakan UMNO dan kerajaan adalah satu.  Saya adalah antara jutaan rakyat yang amat sedih apabila Saudara Anwar menyertai UMNO.  Saya tidak tahu mengapa saya berperasaan begitu sedangkan waktu itu saya masih kecil.

   Perkongsian kuasa Anwar dan Mahathir membuatkan saya memerhati dengan penuh minat arah tuju negara.  Saya memang berharap Anwar segera menjadi PM bagi melihat sama ada beliau akan mengotakan janjinya mengislamkan pentadbiran Malaysia.  Namun begitu, saya juga amat bimbang jika Anwar juga serupa Mahathir.  Oleh itu, saya lebih berprinsip dengan menjadi ahli PAS sejak saya lepas bersekolah lagi.  Terbitnya buku 50 dalil membuatkan saya amat kecewa dengan Anwar.  Saya hampir-hampir mempercayai buku tersebut kerana kita tahu pembesar-pembesar UMNO kaya dengan rekod perilaku buruk mereka.  Saudara juga tentu tahu bagaimana kelakuan Setiausaha Agung UMNO sekarang yang juga mewakili orang Temerloh.  Bagi saya, Anwar telah melupakan prinsip perjuangannya kerana kandungan buku berkenaan afak menyakinkan pada awalnya.  Namun syukur pada Allah S.W.T., Mahathir telah tersilap langkah dalam percaturan politiknya.  Kegelojohannya menyingkirkan Anwar dengan cara paling aib telah menyedarkan umat Islam/umat UMNO di Malaysia.  Bagi saya, kalau Mahathir tidak mengambil tindakan segelojoh itu, sudah pasti kandungan buku 50 dalil itu menyebabkan Anwar tersingkir dengan sendirinya.

   Marilah kita terima kes yang berlaku pada 2 September 1998 yang lalu sebagai hikmah dari Allah S.W.T. Tragedi ini akan membuat kita akan sedar ke mana haluan kita.  Sebagai orang Temerloh dan Pahang, saya malu dengan tanggapan orang lain terhada rakyat Pahang.  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa di Pahang ni, kalau letak batang kayu pun, kalau berlambangkan dacing (kati), pasti akan menang.  Saya harap senario ini akan berubah.  Bagi orang-orang UMNO, sepatutnya ada perasaan malu menjadi orang UMNO.  Bagi orang-orang atas pagar, marilah kita membuat satu pegangan.  Marilah beramai-ramai menjadi warga PAS.  Pastikan bulan akan mengambang di pilihanraya nanti.  Sekarang ni zaman digital, mana ada lagi orang pakai dacing fesyen lama tu.  Tapi bulan mengambang, sehingga hari kiamat pun ia akan wujud.

   Bagi pengarang "Cerita Seorang Rakyat" marilah menjadi ahli PAS.  Saya adalah ahli PAS sejak 1990 lagi iaitu selepas sekolah di ABS dan melanjutkan pelajaran ke USM.  Sebenarnya saya berkahwin dengan anak
seorang ahli UMNO(Pengerusi Balik Pulau) tapi kini anaknya pun dah rela hati untuk mengisi borang PAS.  Alhamdulillah tiada paksaan untuk isteriku tersayang. Marilah kita bersama-sama menyedarkan umat melayu di
Temerloh itu.  Kita patut malu wakil kita adalah Setiausaha Agong UMNO!!!.(Senyum le Kechik).Sekian.  Wassalam.


From: Syed Yahya Syed Mohamed
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject: Pendapat saya
Date: Fri, 9 Oct 1998 16:13:18 +0800

   Sepertimana saudara, saya juga amat mengagumi pimpinan PM yang telah membawa banyak perubahan kepada kemajuan negara kita, Saya amat berbangga kerana dipimpin oleh seorang yang dikenali  di seluruh mata dunia. Saya bukan seorang ahli UMNO dan tidak pernah melibatkan diri dengan mana-mana kegiatan politik yang dianjurkan samaada oleh kerajaan atau pihak pembangkang. Akan tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair yang pada pendapat saya amat penting bagi generasi Melayu hari ini dan generasi yang akan datang. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang saudara utarakan. Apa yang amat saya kesali ialah pemimpin kita menutup ruang untuk seseorang membuktikan dirinya tidak bersalah dan menggunakan peluang dan kemudahan yang ada pada diri mereka untuk mengaibkan nama baik dan maruah seseorang.

   Terus terang saya katakan sehingga hari ini saya amat keliru untuk mempercayai mana-mana kenyataan yang dibuat samaada oleh pihak kerajaan mahupun oleh yang tertuduh. Adakalanya saya merasakan bahawa PM berada di landasan yang benar dan ada kalanya saya rasakan tertuduh dianiayai. Tetapi akhirnya saya sedar bahawa yang saya inginkan ialah kebenaran. Pada hemat saya tidak perlulah pimpinan negara menggunakan segala peluang yang ada untuk menjatuhkan maruah seseorang. Biarlah undang-undang dan mahkamah yang membuat keputusan untuk mencari kebenaran tersebut. Saudara mungkin boleh mengumpulkan 150,000 orang untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepada saudara, tetapi yang lebih penting adakah sokongan itu lahir dari hati yang ikhlas atau secara paksaan.


From: "baharudin"
To: <anwarlinks@hotmail.com>
Subject: raayat yang waras
Date: Sun, 7 Oct 1990 21:41:33 +0200

  SAYA MENYOKONG PANDANGAN -PANDANGAN  YANG SAUDARA UTARAKAN ITU KERANA IA MENAMPAKAN PERKARA -PERKARA YANG HARUS DI JELASKAN PADA RAAYAT MALAYSIA  KHASNYA DAN DIMATA DUNIA YANG FANA AMNYA

UNTUK ITU SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI SEMOGA ALLAH MENGEMBALIKAN PADA YANG HAK.

WASALLAM,

SERIBU DINAR


From: "ihsham"
To: <anwarlinks@hotmail.com>
Subject: Do not agree
Date: Sat, 10 Oct 1998 21:59:15 +0800

   You started of very well talking about the good of DR M, suddenly he is bad just because of Anwar's case.  Press freedom has its limit in a multi racial country, we do not want chaos or May 13 to repeat.  Its hard building a nation, and I lost all respect when people went to the steets just for the sake of one man.  I and you do not know whether Anwar is guilty and like I try to be neutral.  Even when Anwar was in power he was also using TV3 & his cronies in the newspapers for his advantage to bring down the so call "father" he proclaimed Dr M to be, thus whats the difference.  When he was in power Lim Eng GUan or Lim Kit Siang are No 1 enemies so whats the difference now.  I believe generally we have food to eat, earn a decent living and if you are a bumi must be indebted to the government for all the quotas we have thru the govt so that we can progress in the private sector. Power corrupts and UMNO is no different, but try someone else and I think if wud be no different.  But I wud rather trust the BN than anything else for this wonderful, peaceful country of ours.....and lets pray it remains peaceful for our children and we can sacrifice a guy named Anwar for that peace we want.


From: "Mohd Mashar Mokhtar"
To: anwarlinks@hotmail.com
Subject: Salam Reformasi
Date: Sat, 10 Oct 1998 23:41:53 MYT

   Assalamualaikom ..

   Saya mohd mashar , pelajar tahun akhir utm skudai , merasakan amat terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan impian yang sama untuk menjalankan proses reformasi di Malaysia. Saya merasakan sejarah hidup abang mempunyai persamaan dengan hidup saya . Kalu abang merasakan abang adalah pembela mahathir dikala dia diancam oleh tindakan luar, saya juga berkongsi tugas yang sama .

   Namun kini semua itu tinggal kenang-kenangan  sahaja. Saya merasakan tidak perlu lagi saya untuk membela pemimpin yang hanya mementingkan dirinya sahaja. Tanggungjawab yang patut diberi keutamaan tidak lagi dijadikan landasan dalam perjuagan . Yang tinggal kini hanyalah bagaimana untuk membolot kekayaan keluarga dan kroni tercinta .

   Apa lagi yang tinggal untuk kita . Hanyalah mengemis di bumi sendiri tanpa dapat perhatian dari pemimpin yang selama ini diharapkan . Kita berhadapan dengan satu situasi yang amat genting . Tiada lagi usaha yang mudah untuk membawa keadilan di muka bumi ini . Ingatan Allah yang mengatakan bahawa kitalah yang bertanggungjawab untuk mengubah nasib kita sendiri haruslah menjadi bisikan azimat bagi kita semua . Kita harus berubah dengan sendiri . Jika tidak , padah yang akan menimpa akan turut terpalit kepada kita semua . Kepada Allah kita panjatkan keampuanan dan berharap agar tebukalah hati pimpinan di atas yang mana mereka telah diperkudakan untuk kepentingan perseorangan yang rakus membolot harta duniawi .

   Bagaimana harus kita bangun ? Bagaimana kita harus bersama ? Masa tidak lagi bersama kita . Yang hanya tinggal detik yang akan memperlihatkan pemimpin kesayangan kita akan dipenjarakan bagi memusnahkan segala karier politiknya . Apakah kita harus terus berdiam membisu ? Inilah harapan saya . Kita perlu bangun dan berhimpun bersama - sama di mahkamah persekutuan , berhimpun didataran merdeka untuk membacakan surah yasin agar Allah akan menerangi hati mereka yang didalam kegelapan agar mengembalikan Dato Sri Anwar kepangkuan rakyat yang memerlukan sentuhan penyudahnya dalam merealisasikan reformasi . Bacalah yasin di perkarangan sana agar cahaya kebenaran dan keadilan terus berpaksi pada yang hak !!! Oleh itu saya amat berarap kita bersama akan turut serta kesana . Untuk melakukan kekerasan , terlalu pedih untuk melihat darah Islam melayu mengalir lesu di bumi bertuah ini . Inilah jalan terakhir kita . Dan kalau gagal , tiadalah jalan lain selain dari mati syahid !!!

Wasalam .
Salam Reformasi .
Mohd Mashar


© Copyright of AnwarLinks 1998. All rights reserved.